MAKLUMAN: Bahagian ini wajib dibaca oleh semua kakitangan baru yang pertama kali menerima akses ke sistem.
1.0 Akses & Log Masuk
Sistem ini hanya boleh diakses oleh kakitangan yang berdaftar. Sila ikuti langkah di bawah untuk log masuk kali pertama:
A. ID Pengguna & Kata Laluan Sementara
- ID Pengguna: Gunakan No. Kad Pengenalan anda (Tanpa sengkang '-').
Contoh: 850101031234
- Kata Laluan Asal (Default): Masukkan koperasi123
(Nota: Huruf 'k' adalah huruf kecil, tiada jarak).
B. Polisi Keselamatan Kata Laluan
Demi keselamatan data peribadi, sistem mewajibkan penukaran kata laluan serta-merta selepas log masuk pertama. Syarat kata laluan baru adalah:
Kriteria Wajib:
1. Minima 8 aksara.
2. Sekurang-kurangnya 1 nombor (0-9).
3. Sekurang-kurangnya 1 simbol (!@#$).
Contoh sah: Koperasi@2026
1.1 Masalah Akses
- Akaun Dikunci (Account Locked): Jika anda tersalah memasukkan kata laluan sebanyak 3 kali berturut-turut, akaun akan dikunci. Sila tunggu 15 minit.
- Lupa Kata Laluan: Sila berhubung terus dengan Unit Pentadbiran (Admin) untuk menetapkan semula (reset) kata laluan anda kepada koperasi123.
2.0 Papan Pemuka (Dashboard)
Halaman utama (Dashboard) memaparkan ringkasan penting:
- Kad Baki Cuti: Memaparkan baki terkini Cuti Tahunan, Cuti Sakit (MC), dan Cuti Wad.
- Baki Perubatan: Memaparkan baki kelayakan tuntutan klinik (RM).
- Aktiviti Terkini: Status permohonan anda yang terkini.
2.1 Pengurusan Cuti
A. Memohon Cuti
- Klik menu Permohonan Cuti di sidebar kiri.
- Pilih Jenis Cuti (Tahunan/Sakit/Kecemasan dll).
- Pilih Tarikh Mula dan Tarikh Tamat. Sistem akan mengira jumlah hari secara automatik.
- Masukkan Sebab/Alasan yang jelas.
- Muat Naik Dokumen: Wajib bagi Cuti Sakit (MC) atau dokumen sokongan lain.
- Tekan butang Hantar Permohonan.
B. Semak Status & Cetak
- Status permohonan boleh dilihat di menu Rekod Cuti Kakitangan.
- Jika status bertukar kepada LULUS, butang CETAK akan muncul untuk simpanan fail.
2.2 Permohonan Keluar Waktu Bekerja
Gunakan modul ini jika anda perlu keluar pejabat atas urusan rasmi atau peribadi dalam tempoh singkat:
- Klik menu Permohonan Keluar Waktu Bekerja.
- Lengkapkan borang: Destinasi, Tujuan, dan Masa (Keluar/Masuk).
- Klik Hantar Permohonan.
- Semak status di jadual bawah borang. Jika LULUS, klik butang CETAK untuk mendapatkan surat kebenaran.
2.3 Tuntutan Perubatan
Info Had Tuntutan:
Setiap kakitangan diperuntukkan had tahunan tertentu. Permohonan yang melebihi baki akan ditolak.
Langkah Tuntutan:
- Pergi ke menu Tuntutan Perubatan.
- Isi maklumat: Tarikh Rawatan, Nama Klinik, Butiran Rawatan, dan Jumlah (RM).
- Wajib: Muat naik gambar resit klinik yang jelas.
- Tekan Hantar Tuntutan.
2.4 Profil & Kewangan
- Profil Saya: Untuk menukar gambar profil atau kata laluan.
- Penyata Gaji: Klik menu "Penyata Gaji" untuk memuat turun slip gaji bulanan (PDF).
Akses Terhad: Bahagian ini khusus untuk Pengurus, Penolong Pengurus, dan penyelia yang mempunyai kakitangan bawahan.
3.0 Tanggungjawab Penyelia
Sebagai penyelia, anda bertanggungjawab menyemak, meluluskan, atau menolak permohonan kakitangan di bawah seliaan anda.
3.1 Hub Kelulusan Cuti
Menu Hub Kelulusan Cuti akan muncul di sidebar sekiranya terdapat permohonan baru.
Proses Kelulusan Cuti:
- Klik menu Hub Kelulusan Cuti.
- Semak permohonan berstatus 'Pending'.
- Klik LULUS untuk mengesahkan atau TOLAK (serta sebab) untuk menolak.
3.2 Rekod Keluar Waktu Bekerja
Untuk meluluskan permohonan keluar pejabat staf (Time-Slip):
- Klik menu Rekod Keluar Waktu Bekerja.
- Cari nama staf di dalam senarai.
- Klik ikon untuk Meluluskan.
- Klik ikon untuk Menolak.
Peranan Khas (CC): Akses kawalan untuk Pentadbir Sistem dan Pembantu Tadbir Kanan (CC).
4.0 Pengurusan Tuntutan Perubatan
Bertanggungjawab menyemak semua tuntutan perubatan kakitangan.
Tindakan Kelulusan Tuntutan:
- Semak Resit: Klik ikon untuk melihat lampiran resit.
- Luluskan: Klik butang hijau. Baki perubatan staf akan ditolak.
- Tolak: Klik butang merah jika resit tidak sah.
4.1 Pengurusan Rekod
- Rekod Cuti Kakitangan: Melihat sejarah cuti semua kakitangan (HQ & Cawangan).
- Analisa Cuti: Melihat trend dan statistik cuti bulanan/tahunan.
- Data Pengguna: Menambah staf baru dan menetapkan penyelia.
- Reset Kata Laluan: Default password adalah koperasi123.